Watak-watak utama Yandere Simulator

Info-chan

Dalam permainan semasa, tidak banyak yang diketahui tentang Info-chan setakat ini, kecuali dia mempunyai reputasi yang buruk kerana menjual rahsia gelap dan melihat sekilas seluar dalam, dan mahu Osana menderita. Bolehlah disimpulkan bahawa dia ialah watak yang nakal, menghasut pembunuhan, suka mengintai, gosip, membuli, dan sikap acuh tak acuhnya terhadap orang lain. Dia barangkali mempunyai darjah moral yang sangat rendah, dan boleh dikatakan sosiopatik dan/atau sadis. Dia mempunyai persona "Jahat," yang bermakna, sebagai watak tidak boleh dimainkan (non-playable character, NPC), dia menggalakkan aktiviti jenayah. Dia seorang yang sangat licik.

Yandere-chan

Ayano Aishi atau lebih dikenali sebagai Yandere-chan, ialah protagonis Yandere Simulator. Dia seorang gadis sekolah tinggi beremosi yang tidak pernah tahu bagaimana untuk mencintai seseorang sehinggalah dia bertemu dengan seorang pelajar atasan, yang dipanggil "Senpai". Dia akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan perhatian senpai.

Senpai

Taro Yamada, lebih dikenali sebagai Senpai, ialah buah hati pemain. Sama seperti Yandere-chan, Senpai mempunyai rambut hitam kekelabuan dan mata kehitaman. Dia seorang lelaki biasa yang mendapat gred purata. Senpai jenis yang penyendiri dan dia suka menghabiskan masanya dikelilingi alam semula jadi. Senpai tidak akan menerima luahan cinta daripada seorang gadis dengan reputasi yang rendah. Jika seorang gadis bercakap dengannya dan tidak datang ke sekolah selama beberapa hari (dan barangkali kembali tidak lama lagi), dia tidak akan menerima luahan tersebut. Dia berpendapat gadis yang ponteng sekolah ialah samseng. Jika pelajar mati selepas bercakap dengan dia, dia barangkali akan tertanya-tanya adakah dia disumpah.